Catatan

Tunjukkan catatan dari 2021

Selamat Pagi Dunia Tipu-tipu

Imej
Hari ni aku masih belum ada idea nak tulis pasal apa. Kepala aku berserabut dengan pelbagai perkara peribadi, belum masuk isu semasa dalam dunia ni lagi sebenarnya. Ramai yang hantar link kat whatsapp. Banyak pulak yang scam dan tipu-tipu. Nak pastikan kebenaran tu, kena siasat betul-betul. Fitnah akhir zaman kata orang kan. Apa pun, aku sedang berusaha untuk terus menulis kat blog ni walaupun aku belum banyak idea nak sembang. Mungkin juga sebab aku kurang membaca berita tipu-tipu terkini serata internet sekarang ni. Asik mengadap coding je hari-hari. Dari pemerhatian aku, ramai anak muda lebih suka layan tiktok kat smartphone makpak dia. Tak pasti, berapa ramai yang masih suka membaca. Tanpa banyak cerita, korang layan lah lagu jowo ni dulu... Itu je lah kot. Tak mahu nak ambil masa korang lama sangat. Aku nak test embed video youtube aje kat post ni sebenarnya. Sebab aku baru tukar template blogger ni, setelah aku modified sikit. Sekarang ni template blogger pun lebih menju...

Merdeka 2021 - Merdekakah Kita?

Imej
Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 64 untuk semua rakyat Malaysia. Hari ini, aku telah kembali menulis dalam blog usang ini.  Setelah sekian lama berhenti menulis di alam maya dan di media sosial. Kali ini aku bercadang untuk menghidupkan kembali blog ini. Tindakan radikal aku tidak menulis di media sosial dipengaruhi oleh pemikiran aku yang sengaja menyonsang arus agar dapat berfikir dan bertindak lebih kreatif.  Masih teringat lagi saat dunia blogging ini menjadi hambar dan perlahan kerana keterujaan menulis di media sosial yang dipanggil microblogging. Tapi kenapa hingga blogging sebenar ditinggalkan? Memang benar ramai yang malas membaca penulisan panjang dalam blog. Tapi bila dalam media sosial pun ada yang menulis cerita panjang lebar, aku fikir itu bukanlah alasan yang benar. Ya, aku mengaku menjadi antara penulis status FB yang panjang.  Apa pun, terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan bersungguh membaca blog aku ni. Silakan follow dan share...