Merdeka 2021 - Merdekakah Kita?
Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 64 untuk semua rakyat Malaysia. Hari ini, aku telah kembali menulis dalam blog usang ini.
Setelah sekian lama berhenti menulis di alam maya dan di media sosial. Kali ini aku bercadang untuk menghidupkan kembali blog ini. Tindakan radikal aku tidak menulis di media sosial dipengaruhi oleh pemikiran aku yang sengaja menyonsang arus agar dapat berfikir dan bertindak lebih kreatif.
Masih teringat lagi saat dunia blogging ini menjadi hambar dan perlahan kerana keterujaan menulis di media sosial yang dipanggil microblogging. Tapi kenapa hingga blogging sebenar ditinggalkan?
Memang benar ramai yang malas membaca penulisan panjang dalam blog. Tapi bila dalam media sosial pun ada yang menulis cerita panjang lebar, aku fikir itu bukanlah alasan yang benar. Ya, aku mengaku menjadi antara penulis status FB yang panjang.
Apa pun, terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan bersungguh membaca blog aku ni. Silakan follow dan share jika korang suka penulisan aku. Dan usah malu-malu untuk komen. Tanpa paksaan ya.
Kita masih berjuang dan bertahan untuk menurunkan kadar jangkitan virus Covid-19 ni. Aku berharap korang semua selamat dan menjaga keselamatan diri masing-masing dengan apa cara yang korang fikir paling baik untuk diri masing-masing.
Vaksin atau tidak vaksin, itu terpulang kepada pemikiran dan keputusan diri masing-masing dengan kesedaran yang penuh. Setiap orang ada alasan peribadi kenapa mereka mengambil vaksin atau tidak. Aku menghormati keputusan korang semua. Dan aku berharap kita tidak akan berpecah-belah kerananya.
Sekiranya benar tiada paksaan untuk pengambilan vaksin, maka tidak perlu wujud sikap pilih kasih atau syarat-syarat yang mendiskriminasi pihak yang memilih untuk tidak divaksin. Kerana diskriminasi itu mewujudkan tekanan dan paksaan.
Aku tidak mahu menulis lebih panjang. Korang fikir lah sendiri. Aku bukan anti vaksin. Aku juga mengambil vaksin atas alasan peribadi aku. Hormatilah keputusan semua orang. Sama ada yang mengambil vaksin, atau tidak mahu divaksin, kita semua sama sahaja. Rakyat Malaysia yang bebas Merdeka.
Semoga kita semua masih bebas Merdeka untuk membuat keputusan yang terbaik untuk diri masing-masing. Dan semoga kita semua akan bebas dari pendemik ini.
Untuk hiburan korang yang seterusnya, layan lah lagu reggae ni...
Ulasan
Catat Ulasan