Distractions dan Kucing Parsi

Kehidupan aku mungkin berbeza dengan korang semua sebab aku kurang tengok movies. Serius, dalam sebulan tu boleh kira je berapa kali aku ada tengok movies. Aku rasa macam aku takde masa nak tengok movies. Bila aku bercadang nak duduk tengok movies, ada seribu satu macam perkara yang datang untuk aku fikirkan.

Adakah ianya berkisar tentang stress? Atau aku ni terlalu banyak idea? Atau ianya adalah gangguan makhluk asing? Atau sibuk memikirkan macam mana nak buat duit lagi...

Kalau nak kata aku ni kurang minat dengan movies, setiap kali masuk kerja, aku akan disuakan dengan trailer pelbagai movies baru. Hari ni, aku disuakan juga dengan satu movies yang agak rare bagi penonton movie mainstream.

Aku ingat band aje ada indie. Hari ni baru aku tahu, movies pun ada indie juga. Movie hari ni yang menarik minat aku untuk ter'distract' dari buat kerja rutin ni bertajuk:

No One Knows About Persian Cats

Mula-mula aku fikir ianya cerita pasal kucing parsi. Namun, andaian aku meleset. Rupa-rupanya takde kena mengena pun ngan kucing parsi. Menurut pemahaman aku terhadap trailer tu, cerita ni berkisar tentang survival budak-budak Iran yang ada band Indie, sebab negara diorang sekat macam-macam kemahuan diorang... Termasuk membuat band indie. Tak pasal boleh kena tangkap masuk lokap.

Nah, layanla trailer ni...


Engkorang yang ada macam-macam indie kat negara ni harus bersyukur sebab negara kita masih lagi memberi kebebasan dalam mender-mender macam tu. Sekurang-kurangnya, korang masih boleh lagi layan Skudap Skudip dengan lagu ska nya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Selamat Pagi Dunia Tipu-tipu

Howto Resize QEMU qcow2 Image, Partition and Filesystem

Merdeka 2021 - Merdekakah Kita?