Tahun Baru Bikin Benda Baru
Selamat Tahun Baru 2022!!!
Walaupun hari ni dah 4 haribulan, tak terlewat lagi rasanya untuk aku ucap Selamat Tahun Baru 2022 kepada semua pembaca blog ni.
Terima kasih kepada semua saudara-mara, rakan-rakan, sahabat handai, follower tegar yang sentiasa berminat mendengar khabar berita dari aku yang bukan siapa-siapa ni. Bukan selebriti, bukan juga influencer, dan bukan juga orang kenamaan. Aku merasakan bahawa aku hanyalah salah seorang netizen yang menyumbang bahan bacaan di ruangan internet ni untuk mengisi masa lapang engkorang. Itu pun bukan hari-hari... kekadang je bila aku rasa nak menulis.
Antara sebab kenapa aku bagaikan menghilang dari dunia internet semenjak dua menjak ni, hanyalah kerana kesibukan aku dengan pelbagai projek random offline untuk memenuhi dan memuaskan sifat ingin tahu aku yang membara ni.
Projek random aku ni kebanyakannya hanyalah proses pembelajaran aku yang tak berkesudahan, terhadap pelbagai subjek yang aku rasa ingin tahu (curious sangat).
Sebenarnya terdapat banyak perkara random yang aku minat nak tahu. Ada juga yang aku sumbat je dalam senarai TODO sebab aku belum mampu buat dan ada juga yang baru-baru ni je dapat peluang untuk buat.
- Belajar bertukang kayu dengan cara membantu tukang kayu.
- Belajar pembinaan bangunan dengan cara membantu kerja binaan (jadi buruh binaan jap... hahaha).
- Belajar bercucuk tanam.
- Belajar buat sistem solar offgrid.
- Belajar teknologi-teknologi baru dalam pembangunan sistem dan pengurusan pelayan.
- Menambah baik stesen kerja aku kat rumah.
Alhamdulillah, aku enjoy dengan kehidupan sekarang. Semoga ditahun baru ni makin bertambah enjoy dan gembira.
Bila masuk tahun baru ni, usia kita pun dah semakin meningkat. Kalau dulu kita boleh buat macam-macam perkara ekstrim, sekarang ni hanya tinggal jiwa kita je rasa boleh buat macam-macam, tapi tubuh badan fizikal ni kadang-kadang dah taknak bagi kerjasama. Syukurlah masa muda-muda dulu dah pernah buat benda-benda ekstrim tu. Bila dah tua ni, takde lah terliur sangat pun. Sekarang ni kasi can lah kat budak-budak baru nak up pulak. yedak?
Walaupun aku cerita bikin benda baru. Sebenarnya takde lah baru sangat pun benda yang aku bikin. Cuma baru bagi aku. Banyak lagi benda-benda baru yang muncul dalam dunia ni. Tapi tak semua lah aku terasa nak bikin. Contohnya main Tiktok, aku takde hati lagi nak join. Tengok dari jauh je lah... hahaha...
OK geng, tu je aku boleh tulis hari ni. Jumpa lagi.
Ulasan
Catat Ulasan