Catatan

Howto Resize QEMU qcow2 Image, Partition and Filesystem

Imej
I'm dealing with a lot of technologies and recently I get back to playing with QEMU for virtualization on my PC. I've shared about BunsenLabs Linux on my other blog. I have problem to remember everything I've done. Therefore, I'm documenting the tasks I'm doing so I can find it here later when I need it again. This post will be a quick documentation of my process in growing a QEMU qcow2 image. Perhaps you may find it useful too when you're dealing with the same situation. Check the image before resize, The command: qemu-img info bunsenlabs.img Example output: ➜ qemu-img info bunsenlabs.img image: bunsenlabs.img file format: qcow2 virtual size: 10 GiB (10737418240 bytes) disk size: 5.42 GiB cluster_size: 65536 Format specific information: compat: 1.1 lazy refcounts: false refcount bits: 16 corrupt: false I need to resize it to 32GB, so I added +22G like so: The command: qemu-img resize bunsenlabs.img +22G Example output: ➜ qe...

Tahun Baru Bikin Benda Baru

Imej
Selamat Tahun Baru 2022!!!  Walaupun hari ni dah 4 haribulan, tak terlewat lagi rasanya untuk aku ucap Selamat Tahun Baru 2022 kepada semua pembaca blog ni.  Terima kasih kepada semua saudara-mara, rakan-rakan, sahabat handai, follower tegar yang sentiasa berminat mendengar khabar berita dari aku yang bukan siapa-siapa ni. Bukan selebriti, bukan juga influencer, dan bukan juga orang kenamaan. Aku merasakan bahawa aku hanyalah salah seorang netizen yang menyumbang bahan bacaan di ruangan internet ni untuk mengisi masa lapang engkorang. Itu pun bukan hari-hari... kekadang je bila aku rasa nak menulis.  Antara sebab kenapa aku bagaikan menghilang dari dunia internet semenjak dua menjak ni, hanyalah kerana kesibukan aku dengan pelbagai projek random offline untuk memenuhi dan memuaskan sifat ingin tahu aku yang membara ni.  Projek random aku ni kebanyakannya hanyalah proses pembelajaran aku yang tak berkesudahan, terhadap pelbagai subjek yang aku rasa ingin tahu (curious...

Selamat Pagi Dunia Tipu-tipu

Imej
Hari ni aku masih belum ada idea nak tulis pasal apa. Kepala aku berserabut dengan pelbagai perkara peribadi, belum masuk isu semasa dalam dunia ni lagi sebenarnya. Ramai yang hantar link kat whatsapp. Banyak pulak yang scam dan tipu-tipu. Nak pastikan kebenaran tu, kena siasat betul-betul. Fitnah akhir zaman kata orang kan. Apa pun, aku sedang berusaha untuk terus menulis kat blog ni walaupun aku belum banyak idea nak sembang. Mungkin juga sebab aku kurang membaca berita tipu-tipu terkini serata internet sekarang ni. Asik mengadap coding je hari-hari. Dari pemerhatian aku, ramai anak muda lebih suka layan tiktok kat smartphone makpak dia. Tak pasti, berapa ramai yang masih suka membaca. Tanpa banyak cerita, korang layan lah lagu jowo ni dulu... Itu je lah kot. Tak mahu nak ambil masa korang lama sangat. Aku nak test embed video youtube aje kat post ni sebenarnya. Sebab aku baru tukar template blogger ni, setelah aku modified sikit. Sekarang ni template blogger pun lebih menju...

Merdeka 2021 - Merdekakah Kita?

Imej
Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 64 untuk semua rakyat Malaysia. Hari ini, aku telah kembali menulis dalam blog usang ini.  Setelah sekian lama berhenti menulis di alam maya dan di media sosial. Kali ini aku bercadang untuk menghidupkan kembali blog ini. Tindakan radikal aku tidak menulis di media sosial dipengaruhi oleh pemikiran aku yang sengaja menyonsang arus agar dapat berfikir dan bertindak lebih kreatif.  Masih teringat lagi saat dunia blogging ini menjadi hambar dan perlahan kerana keterujaan menulis di media sosial yang dipanggil microblogging. Tapi kenapa hingga blogging sebenar ditinggalkan? Memang benar ramai yang malas membaca penulisan panjang dalam blog. Tapi bila dalam media sosial pun ada yang menulis cerita panjang lebar, aku fikir itu bukanlah alasan yang benar. Ya, aku mengaku menjadi antara penulis status FB yang panjang.  Apa pun, terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan bersungguh membaca blog aku ni. Silakan follow dan share...

Distractions dan Kucing Parsi

Imej
Kehidupan aku mungkin berbeza dengan korang semua sebab aku kurang tengok movies. Serius, dalam sebulan tu boleh kira je berapa kali aku ada tengok movies. Aku rasa macam aku takde masa nak tengok movies. Bila aku bercadang nak duduk tengok movies , ada seribu satu macam perkara yang datang untuk aku fikirkan. Adakah ianya berkisar tentang stress? Atau aku ni terlalu banyak idea? Atau ianya adalah gangguan makhluk asing? Atau sibuk memikirkan macam mana nak buat duit lagi... Kalau nak kata aku ni kurang minat dengan movies, setiap kali masuk kerja, aku akan disuakan dengan trailer pelbagai movies baru. Hari ni, aku disuakan juga dengan satu movies yang agak rare bagi penonton movie mainstream . Aku ingat band aje ada indie. Hari ni baru aku tahu, movies pun ada indie juga. Movie hari ni yang menarik minat aku untuk ter'distract' dari buat kerja rutin ni bertajuk: No One Knows About Persian Cats Mula-mula aku fikir ianya cerita pasal kucing parsi. Namun, andaian aku meleset. R...

Buat Duit Online

Imej
Apakah yang dikatakan sebagai cari Duit Online ? Adakah ianya bermaksud anda boleh mencetak duit menggunakan internet? Buat Duit Online adalah perkataan umum yang sering digunakan oleh kebanyakan masyarakat hari ini. Tidak kira sama ada mereka baru kenal internet, mahupun yang baru kenal komputer. Semua orang berlumba-lumba nak buat duit online. Namun, bagaimanakah caranya? Itulah yang menjadi tanda tanya semua orang hingga membawa mereka masuk ke laman ini... Jika anda mahu tahu bagaimana anda boleh buat duit online , anda bolehlah mencari maklumat-maklumat berikut: Buat Duit Dengan Blog Buat duit dengan adsense Halaman ini hanyalah eksperimentasi aku untuk membuat duit online menggunakan perkataan buat duit online. Mampukah aku membuat duit dengan cara ini? Nantikan hasil ekperimentasi aku dalam posting yang akan datang.

Kekarutan Berleluasa Dengan Buat Duit Online

Imej
Seperti biasa, bila kebosanan melanda, aku akan mengarut-ngarut tak tentu hala. Entah apa yang aku cuba sampaikan, aku pun tak tahu. Mereka itu, mahu mencari duit di internet. Dengan pelbagai cara, pelbagai ragam. Tidak aku peduli. Cari duit online . Cari duit segera . Semua nak senang, semua nak cepat. Aku masih macam ni. Takde masa nak layan itu semua. Atau aku malas nak layan. Sekali-sekala kalau aku layan pun bagus juga. Tapi, sampai sekarang aku masih dapat lebih kurang RM25 sebulan dari pakcik google yang prihatin. Mungkinkah sebab aku takde masa? atau M A L A S....